English / Bahasa Malaysia

Dasar Privasi

Privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi anda. Pemprosesan Maklumat Peribadi anda juga tertakluk kepada peruntukkan undang-undang. Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami sekarang atau dari masa ke semasa atau yang telah diberikan kepada kami sebelum ini akan diguna dan diproses mengikut Dasar Privasi ini (yang mana Dasar Privasi ini boleh dipinda, diubah, atau disemak semula dari masa ke semasa oleh kami). Sekiranya penyemakkan semula dan pindaan dilakukan keatas Dasar Privasi ini, kami akan memaklumkan pindaan tersebut di laman web kami.

Di Dalam Dasar Pivasi ini,

"Maklumat Peribadi" bermaksud mana-mana maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda (atau mana-mana individu lain) di mana anda (atau individu lain) dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat itu atau maklumat lain dalam milikan kami.

"Produk dan Perkhidmatan"  bermaksud produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.

"Kami" bermaksud Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd (Company No. 1114370-X).

1. Maklumat Peribadi

1.1 Maklumat yang telah kami kumpulkan daripada anda

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang berikut ini:-

apabila anda melayari laman web kami, beberapa maklumat mengenai komputer dan peralatan mobile anda akan dikumpulkan secara automatic seperti alamat IP, perisian pelayar web, lokasi peralatan mobile anda dan lain-lain maklumat yang berkaitan

Sesetengah maklumat yang diminta oleh kami adalah wajib dan dipersetujui oleh anda kerana ianya mandatori bagi tujuan pemprosesan maklumat tersebut di pihak kami, dan sekiranyanya anda gagal memberikan maklumat tersebut kami tidak boleh membekalkan Produk dan Perkhidmatan kepada anda.

1.2 Cara–cara bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan

1.3 Tujuan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda

1.4 Data Peribadi Sensitif

Kami tidak mengumpulkan Data Peribadi Sensitif anda melainkan jika dikehendaki undang-undang. Jika anda tidak mahu Data Peribadi Sensitif anda dikumpulkan, anda tidak perlu menyerahkan Data Peribadi Sensitif tersebut kepada kami.

"Data Peribadi Sensitif" bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, perlakuan atau pernyataan atau apa-apa kenyataan kesalahan atau data peribadi yang ditetapkan di bawah undang-undang sebagai data peribadi yang sensitif.

Jika anda memilih untuk mengemukakan Data Peribadi Sensitif anda kepada kami, data tersebut akan dianggap sebagai Maklumat Peribadi yang akan tertakluk kepada termaterma dan pencakupan Dasar Privasi ini, termasuk juga bagi tujuan pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data tersebut.

2. Pendedahan Maklumat

Bagi memudahkan tujuan-tujuan yang tersebut di atas serta pembekalan produk dan perkhidmatan kepada anda, kami akan memproses, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga mengikut pengkelasan yang berikut ini: -

3. Pemindahan Keluar Maklumat Peribadi Dari Negara Malaysia

Maklumat Peribadi anda juga boleh dipindahkan keluar dari negara Malaysia. Anda adalah dengan ini telah memberi persetujuan kepada kami untuk pemindahan Maklumat Peribadi anda keluar dari negara Malaysia, dan ini termasuk kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan didalam pengkelasan diatas.

4. Access or Update your Personal Information

4.1 Anda adalah bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri anda serta orang lain (sebagai contoh: suami/ isteri anda, anak-anak, saudara-mara atau pihak ketiga) yang mana maklumat peribadi mereka telah diberikan oleh anda kepada kami, dan oleh itu, jika maklumat peribadi tersebut didapati tidak tepat dan lengkap atau tidak dikemaskini, anda dikehendaki untuk membuat pembetulan atau mengemas kini maklumat peribadi tersebut dengan menghubungi kami atau mengemukakan maklumat-maklumat yang terbaru kepada kami.

4.2 Anda boleh menulis kepada kami di alamat yang tertera di Seksyen 6 di bawah ini:

Anda adalah dikehendaki memberikan bukti identiti anda, alamat serta maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami mengenal pasti anda semasa permohonan bertulis dikemukakan kepada kami.

4.3 Selepas menerima permohonan bertulis anda, kami mempunyai pilihan untuk:

5. Menghadkan pemprosesan Maklumat Peribadi anda

Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda atau mengguna laman web atau mobile applikasi kami, anda bersetuju dan mengizinkan kami mengguna dan memproses Maklumat Peribadi anda menurut Dasar Privasi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, keizinan anda untuk menerima komunikasi, tawaran, promosi dan pemasaran bahan-bahan daripada kami dari semasa ke semasa. Jika anda:

Sila hubungi kami secara bertulis kepada alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 6 di bawah. Sekiranya tiada sebarang makluman bertulis diterima daripada anda, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan, penggunaan dan penyebaran Maklumat Peribadi mengikut kehendak bidangkuasa Dasar Privasi ini. Oleh yang demikian itu, jika sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Maklumat Peribadi anda seperti yang tersebut di atas, kami tidak dapat membekalkan Produk dan Perkhidmatan, yang anda pohon.

6. Bagaimana untuk menghubungi kami

Sila hubung kami di: -

SWEET SPOT DIGITAL (MALAYSIA) SDN BHD
Suite B&E, 18th Floor
Office Block Plaza Berjaya,
12 Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Email: info@mysweetspot.com.my

Tel: +603 2142 7288

Nota: Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai sebagai rujukan.